Friday, July 9, 2010

Hadith Ketujuh:

Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata:Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu menguap,maka hendaklah ia menutup mulutnya dengan tangannya,sesungguhnya syaitan akan masuk[ke dalam mulutnya].

[Riwayat Muslim]

Pengajaran Hadith:

1-Menguap ialah satu pergerakan yang menyebabkan mulut terbuka di luar kawalan manusia dan berpunca dari perut yang kenyang,badan yang berat yang akhirnya menyebabkan mengantuk dan malas.

2-Menguap adalah dari syaitan,dan syaitan akan masuk ke dalam mulut orang yang menguap,oleh itu di sunatkan menutup mulut dengan bibir atau tangan ketika menguap.

3-Di sunatkan juga menutup mulut apabila menguap ketika solat.

4-Pemandangan mulut yang terbuka adalah pandangan yang buruk,apatah lagi ketika berada dalam sesuatu majlis.Dengan menutup mulut ketika menguap boleh mengelakkan pandangan yang buruk itu.

5-Tidak boleh berkata ''aah'' ketika menguap.Sabda Rasulullah s.a.w.:Apabila seseorang kamu menguap maka tutuplah mulutnya setakat yang mampu,dan jangan ia berkata''aah'',''aah'',seseorang itu apabila ia membuka mulutnya,maka sesungguhnya syaitan ketawa kepadanya...

[Riwayat Muslim]

6-Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang yang menguap sebaliknya suka kepada orang yang bersin.Ini kerana menguap itu adalah gambaran orang yang lemah dan malas,manakala orang yang bersin adalah orang yang sihat,cergas dana aktif.Sabda Rasulullah s.a.w. :Sesungguhnya orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah.

[Riwayat Muslim].......

No comments:

Post a Comment