Friday, July 9, 2010

Hadith Ketujuh:

Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata:Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu menguap,maka hendaklah ia menutup mulutnya dengan tangannya,sesungguhnya syaitan akan masuk[ke dalam mulutnya].

[Riwayat Muslim]

Pengajaran Hadith:

1-Menguap ialah satu pergerakan yang menyebabkan mulut terbuka di luar kawalan manusia dan berpunca dari perut yang kenyang,badan yang berat yang akhirnya menyebabkan mengantuk dan malas.

2-Menguap adalah dari syaitan,dan syaitan akan masuk ke dalam mulut orang yang menguap,oleh itu di sunatkan menutup mulut dengan bibir atau tangan ketika menguap.

3-Di sunatkan juga menutup mulut apabila menguap ketika solat.

4-Pemandangan mulut yang terbuka adalah pandangan yang buruk,apatah lagi ketika berada dalam sesuatu majlis.Dengan menutup mulut ketika menguap boleh mengelakkan pandangan yang buruk itu.

5-Tidak boleh berkata ''aah'' ketika menguap.Sabda Rasulullah s.a.w.:Apabila seseorang kamu menguap maka tutuplah mulutnya setakat yang mampu,dan jangan ia berkata''aah'',''aah'',seseorang itu apabila ia membuka mulutnya,maka sesungguhnya syaitan ketawa kepadanya...

[Riwayat Muslim]

6-Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang yang menguap sebaliknya suka kepada orang yang bersin.Ini kerana menguap itu adalah gambaran orang yang lemah dan malas,manakala orang yang bersin adalah orang yang sihat,cergas dana aktif.Sabda Rasulullah s.a.w. :Sesungguhnya orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah.

[Riwayat Muslim].......

Thursday, July 8, 2010

Hadith kelima

Daripada Abi Hurairah r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. telah bersabda:janganlah seseorang kamu minum berdiri.

[Riwayat Muslim]

Pengajaran hadith:

1-Di larang minum dan makan berdiri.Dari Qatadah dari Anas r.a. katanya:[Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari minum berdiri,kata Qatadah:Kami berkata:Makan[berdiri]?Jawab Anas:itu lebih buruk dan keji.

[Riwayat Ahmad,Muslim dan Al-Tirmiziy]

2-Jika minum dan makan berdiri di larang,maka lebih lagi di larang minum dan makan sambil berjalan.

3-Sekira orang yang minum atau makan sambil berdiri kerana lupa maka di sunatkan memuntahkan balik apa yang di minum atau di makannya.

4-Sekiranya dalam majlis ada orang ramai maka di sunatkan memberi minum kepada orang yang sebelah kanan dahulu.

5-Apabila seseorang itu minum maka janganlah ia bernafas dalam minumannya.Dari Abi Qatadah r.a. telah berkata:Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu minum maka janganlah ia bernafas dalam bekas minumannya.

[Muttafaqun alay].

6-Di sunatkan membaca ''Bismillah'' sebelum makan atau minum dan mengucap ''alhamdulillah selepasnya.Dari Ibn Abbas r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:janganlah kamu minum sekali gus seperti minumnya unta,tetapi minumlah dua kali atau tiga kali dan bacalah ''Bismillah'' bila kamu hendak minum dan ucaplah''alhamdulillah'' apabila kamu selesai minum.

[Riwayat Al-Tirmiziy].

Hadith keenam:

Daripada ALI r.a. telah berkata:Dari Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu bersin,maka hendaklah ia berkata:alhamdullilah[segala pujian bagi ALLAH],dan hendaklah saudaranya berkata:yarhamukALLAH,bagi perempuan yarhamukillah[semuga ALLAH merahmati kamu],kemudian ia berkata kepada saudaranya:yahdikumullahu wayuslihubalakum[semuga ALLAH memberi hidayat akan kamu dan memperelok urusan kamu].

[Riwayat Bukhari].

Pengajaran Hadith:

1-Bersin adalah salah satu nikmat ALLAH S.W.T. kepada hambanya yang mana dengan bersin seseorang itu akan merasai badannya sihat,ringan dan selesa.

2-Oleh kerana itu amat wajar sekali seseorang yang bersin memuji dan bersyukur kepada ALLAH yang telah memberi kesihatan badan padanya dengan menyebut alhamdulillah.

3-Apabila orang yang bersin menyebut alhamdulillah,maka di sunatkan kepada orang yang mendengarnya agar menyebut:yarhamukALLAH,dan bagi perempuan yarhamukiLLAH,sebagai doa kepada orang yang di beri nikmat kesihatan kepadanya.

4-Kemudian orang yang bersin menjawab semula dengan:yahdikumuLLAHu wayuslihubalakum sebagai balasan kepada doa saudaranya kepadanya.

5-Di sunatkan meletakkan tangan atau pakaian/kain di atas mulut ketika bersin.Dari Abu Hurairah r.a. berkata:Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bersin,Baginda meletak tangan atau kain[pakaian] atas mulutnya.

haaaa ana tengok ade ramai tak memuji ALLAH ketika bersin....jadi amalkanlah dari sekarang sebelum terlambat.....

Tuesday, July 6, 2010

tajuk masih sama.....

hadith ketiga

Dari Umar r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:Tidak ada seorang pun dari kamu yang berwuduk,lalu menyempurnakan wuduknya,kemudian berkata:
ashadualla ila ilaha ilALLAH wahdahula sarikalah,washadu inna muhammadan abduhu warasuluh.
melainkan di buka untuknya kelapan-lapan pintu syurga,ia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki. [Riwayat muslim] TAK NAK KE????......

Dalam riwayat al-Tirmiziy,di tambah:
ALLAHUMMAjalniy minattaubin,wajalniy minal muttatahirin.
[ Hadith sahih-Riwayat Abu Daud]


Pengajaran Hadith:

1-Kelebihan berwuduk dan ganjaran yang sangat besar bagi orang yang menyempurnakan wuduknya.

2-Di sunatkan membaca doa setelah selesai berwuduk atau tayammum:
doa di atas tambah doa riwayat di atas......
maksudnya,Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan ALLAH yang ESA,tidak ada sekutu baginya,dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hambaNYA dan pesuruhNYA.

Ya ALLAH!,jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang selalu bertaubat,serta jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersuci.

3-Kelebihan doa[zikir] yang di baca selepas berwuduk,dan ia merupakan sebab utama untuk mendapat kebahgiaan yang kekal abadi iaitu syurga serta dapat memasuki mana-mana pintu syurga yang lapan.

4-Hadith ini membuktikan wujudnya hari kebangkitan selepas mati,pembalasan,syurga dan bilangan syurga yang lapan.

5-Pintu syurga akan sentiasa terbuka untuk orang-orang yang bertaqwa termasuk yang selalu membaca doa wuduk sebagai tanda penghormatan ALLAH kepada orang bertaqwa.

Firman ALLAH TA'ALA:

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH,mereka akan di bawa ke syurga dengan berkumpulan,sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:''salam sejahtera kepada kamu,berbahagialah kamu,silalah masuk ke dalam syurga ini dengan tinggal kekal di dalamnya''.

[al-Zumar,39:73] MASYALLAH hebatnya kuasa ALLAH, pastu best pulak tu kalau korang nak amalkanlah apa yang saya sampaikan.....

6-Doa yang di baca selepas wuduk selari dengan maksud bersuci yang sebenar,iaitu wuduk untuk bersuci dari segi zahir[tubuh badan] dari segala kotoran najis atau hadas,manakala doa ini pula untuk bersuci dari segi batin dengan bertaubat dari segala dosa-dosa dan sifat-sifat tercela yang ada dalam diri seseorang yang berwuduk.

7-Setiap mukmin wajib sentiasa berada dalam keadaan bersuci zahir dengan berwuduk dan batinnya dengan segera bertaubat dari segala dosa-dosa.

8-Syarat-syarat bertaubat ialah:
-Menyesal di atas segala dosa-dosa yang lepas.
-Meninggalkan dosa-dosa yang dilakukan.
-Berazam untuk tidak kembali kepada dosa-dosa yang lepas.
-Ikhlaskan diri ketika bertaubat iaitu bertaubat kerana ALLAH.
-Bertaubat sebelum tiba waktu ajal.
-Memulangkan hak orang lain sekiranya dosa melibatkan manusia.

9-Tidak ada doa-doa khusus datang dari Rasulullah s.a.w. yang di baca bagi setiap anggota wuduk.


Hadith keempat:

Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata:Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar wajahnya dan bercahaya kaki tangannya kesan dari wuduk.

[Muttafaqun alaih]


Pengajaran Hadith:

1-Kelebihan berwuduk dan sesungguhnya ia adalah sebab yang utama untuk mendapat kebahagiaan yang kekal abadi.

2- Kesan wuduk pada anggota badan akan bertukar menjadi cahaya dan kilauan yang menyinar di muka,tangan dan kaki pada hari kiamat.

3-Keistimewaan kilauan cahaya di akhirat nanti adalah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja.Ini kerana wuduk adalah satu ibadah khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.

4-Kelebihan sentiasa berada dalam berwuduk dan memperbanyakkan solat sunat selepas wuduk.Ia merupakan sebab utama Bilal bin Rabah di gembirakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ahli syurga.Dari Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berkata kepada Bilal pada suatu hari selepas solat fajar:''Wahai Bilal!Beritahulah aku dengan amalan yang paling di harapkan yang telah engkau lakukan dalam islam,ini kerana aku telah mendengar[semalam]bunyi pergerakan selipar engkau di hadapanku di dalam syurga!Jawab Bilal:''Aku tidak lakukan amalan yang paling diharapkan,melainkan aku bersuci[berwuduk]di saat malam hari dan di saat siang hari aku solat dengan wuduk tersebut setakat yang di takdirkan ALLAH ke atasku untuk solat[sunat].

[Riwayat Bukhari dan Muslim]. TAK NAK KE JADI SEPERTI BILAL BIN RABAH.....

5-Hadith ini sebagai dalil wujudnya hari kebangkitan dan pembalasan selepas mati.Ia adalah salah satu rukun iman yang enam yang wajib diimani oleh setiap mukmin.

6-Umat Nabi Muhammad ada dua kategori,Pertama:Umat dakwah,iaitu umat yang sampai dakwah kepada mereka.Kedua:Umat Ijabah,iaitu umat yang sampai dakwah dan menerima dakwah yang di sampaikan kepada mereka.

Sekian,wassalamualaikumwarahmatuALLAHiwabarakatuh.....

ps:Tolong sampaikan kepada orang lain,ini sangat penting bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w. ,dan betulah saya eja berdakwah....haish tapi takpelah.....

Sunday, July 4, 2010

TIBA MASANYA aku berdakwah........

Sabda Rasulullah s.a.w. :Kamu semua tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman,dan kamu tidak beriman [dengan sempurna] sehinggalah kamu kamu berkasih sayang,mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan sudah pasti kamu akan berkasih sayang,iaitu sebarkan salam diantara kamu.
[Riwayat muslim]
Pengajaran Hadith:
1-Seseorang itu tidak akan dapat masuk syurga melainkan apabila ia beriman.

2-Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan berkasih sayang antara sesama mereka [muslim].

3-Antara hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ialah memberi salam apabila berjumpa samada kepada yg dikenali atau tidak.

4-Hukum memberi salam adalah sunat dan hukum menjawab salam adalah wajib.

5-Lafaz salam ialah:[assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh] manakala jawab salam:[ walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh].

6-Makruh memberi salam kepada wanita yg bukan muhram kecuali yg tua.

7-Makruh memberi salam kepada orang yg sedang:
1-Membaca al-Quran
2-Berzikir
3-Bertalbiyah
4-Mengajar
5-Berkutbah

8-Di sunatkan memberi salam ketika beredar dari majlis,masuk rumah,kelas dan masjid.

9-Di sunatkan juga memberi salam walaupun rumah atau masjid kosong dengan ucapan:
[assalamualaina wala ibadillahisalihin].

10-Memberi salam kepada ahli rumah adalah punca keberkatan kepada kita dan ahli rumah kita.Rasullulah s.a.w. bersabda kepada Anas r.a. : Wahai anakku!, Apabila kamu masuk kepada ahli kamu , maka berilah salam,maka ia akan memberi keberkatan kepada kamu dan ahli kamu.
[Hadith hasan sahih-Riwayat al-Tirmiziy].

11-Di sunatkan besalam antara sesama lelaki dan sesama perempuan tetapi haram bersalam antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

12-Hendaklah orang yang lebih muda memberi salam kepada yang lebih tua,dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk,dan kelompok yang sedikit kepada kelompok yang ramai.

13-Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir,yahudi dah ahli kitab.Sekiranya mereka memberi salam maka jawablah:[walaikum].


Hadith kedua......
Dari anas r.a. telah berkata :Adalah Rasulullah s.a.w. berwuduk dengan satu mud,dan baginda mandi dengan satu sa' sehingga lima mud''.
[Muttafaqun alaih].


Pengajaran hadith:

1-Di antara sunah Rasulullah s.a.w. ialah berjimat cermat dalam semua urusan baginda sebagai panduan untuk umatnya agar tidak membazir dan menghargai nikmat ALLAH yang tidak terhitung.

2-Rasulullah s.a.w. berwuduk menggunakan air sebanyak satu mud iaitu bersamaan 750 ml[separuh botol mineral yang besar],manakala mandi dengan satu sa', iaitu 3 liter atau 3 liter 750 ml[2 botol mineral yang besar atau 2 botol yg besar dan 750 ml].

3-Barangsiapa yang berwuduk melebihi bilangan tiga kali,maka ia adalah orang yang zalim,jahat dan melampau.Dari Amru bin Shuaib dari bapanya dari datuknya telah berkata: ''Telah datang seorang badawi kepada Rasulullah s.a.w. bertanya tentang wuduk?Maka baginda menunjukkan cara berwuduk tiga kali,lalu baginda bersabda:'' Inilah cara wuduk yg betul,barangsiapa yg melebihi bilangan ini maka ia telah melakukan kejahatan,zalim dan melampau''.
[Hadith hasan sahih-Riwayat Ahmad dan Al Nasai'e].

sekian.wasallamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.........