Hadith kelima
Daripada Abi Hurairah r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. telah bersabda:janganlah seseorang kamu minum berdiri.
[Riwayat Muslim]
Pengajaran hadith:
1-Di larang minum dan makan berdiri.Dari Qatadah dari Anas r.a. katanya:[Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegah dari minum berdiri,kata Qatadah:Kami berkata:Makan[berdiri]?Jawab Anas:itu lebih buruk dan keji.
[Riwayat Ahmad,Muslim dan Al-Tirmiziy]
2-Jika minum dan makan berdiri di larang,maka lebih lagi di larang minum dan makan sambil berjalan.
3-Sekira orang yang minum atau makan sambil berdiri kerana lupa maka di sunatkan memuntahkan balik apa yang di minum atau di makannya.
4-Sekiranya dalam majlis ada orang ramai maka di sunatkan memberi minum kepada orang yang sebelah kanan dahulu.
5-Apabila seseorang itu minum maka janganlah ia bernafas dalam minumannya.Dari Abi Qatadah r.a. telah berkata:Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu minum maka janganlah ia bernafas dalam bekas minumannya.
[Muttafaqun alay].
6-Di sunatkan membaca ''Bismillah'' sebelum makan atau minum dan mengucap ''alhamdulillah selepasnya.Dari Ibn Abbas r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:janganlah kamu minum sekali gus seperti minumnya unta,tetapi minumlah dua kali atau tiga kali dan bacalah ''Bismillah'' bila kamu hendak minum dan ucaplah''alhamdulillah'' apabila kamu selesai minum.
[Riwayat Al-Tirmiziy].
Hadith keenam:
Daripada ALI r.a. telah berkata:Dari Nabi s.a.w. telah bersabda:Apabila seseorang kamu bersin,maka hendaklah ia berkata:alhamdullilah[segala pujian bagi ALLAH],dan hendaklah saudaranya berkata:yarhamukALLAH,bagi perempuan yarhamukillah[semuga ALLAH merahmati kamu],kemudian ia berkata kepada saudaranya:yahdikumullahu wayuslihubalakum[semuga ALLAH memberi hidayat akan kamu dan memperelok urusan kamu].
[Riwayat Bukhari].
Pengajaran Hadith:
1-Bersin adalah salah satu nikmat ALLAH S.W.T. kepada hambanya yang mana dengan bersin seseorang itu akan merasai badannya sihat,ringan dan selesa.
2-Oleh kerana itu amat wajar sekali seseorang yang bersin memuji dan bersyukur kepada ALLAH yang telah memberi kesihatan badan padanya dengan menyebut alhamdulillah.
3-Apabila orang yang bersin menyebut alhamdulillah,maka di sunatkan kepada orang yang mendengarnya agar menyebut:yarhamukALLAH,dan bagi perempuan yarhamukiLLAH,sebagai doa kepada orang yang di beri nikmat kesihatan kepadanya.
4-Kemudian orang yang bersin menjawab semula dengan:yahdikumuLLAHu wayuslihubalakum sebagai balasan kepada doa saudaranya kepadanya.
5-Di sunatkan meletakkan tangan atau pakaian/kain di atas mulut ketika bersin.Dari Abu Hurairah r.a. berkata:Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bersin,Baginda meletak tangan atau kain[pakaian] atas mulutnya.
haaaa ana tengok ade ramai tak memuji ALLAH ketika bersin....jadi amalkanlah dari sekarang sebelum terlambat.....
No comments:
Post a Comment