Sunday, July 4, 2010

TIBA MASANYA aku berdakwah........

Sabda Rasulullah s.a.w. :Kamu semua tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman,dan kamu tidak beriman [dengan sempurna] sehinggalah kamu kamu berkasih sayang,mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan sudah pasti kamu akan berkasih sayang,iaitu sebarkan salam diantara kamu.
[Riwayat muslim]
Pengajaran Hadith:
1-Seseorang itu tidak akan dapat masuk syurga melainkan apabila ia beriman.

2-Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan berkasih sayang antara sesama mereka [muslim].

3-Antara hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ialah memberi salam apabila berjumpa samada kepada yg dikenali atau tidak.

4-Hukum memberi salam adalah sunat dan hukum menjawab salam adalah wajib.

5-Lafaz salam ialah:[assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh] manakala jawab salam:[ walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh].

6-Makruh memberi salam kepada wanita yg bukan muhram kecuali yg tua.

7-Makruh memberi salam kepada orang yg sedang:
1-Membaca al-Quran
2-Berzikir
3-Bertalbiyah
4-Mengajar
5-Berkutbah

8-Di sunatkan memberi salam ketika beredar dari majlis,masuk rumah,kelas dan masjid.

9-Di sunatkan juga memberi salam walaupun rumah atau masjid kosong dengan ucapan:
[assalamualaina wala ibadillahisalihin].

10-Memberi salam kepada ahli rumah adalah punca keberkatan kepada kita dan ahli rumah kita.Rasullulah s.a.w. bersabda kepada Anas r.a. : Wahai anakku!, Apabila kamu masuk kepada ahli kamu , maka berilah salam,maka ia akan memberi keberkatan kepada kamu dan ahli kamu.
[Hadith hasan sahih-Riwayat al-Tirmiziy].

11-Di sunatkan besalam antara sesama lelaki dan sesama perempuan tetapi haram bersalam antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

12-Hendaklah orang yang lebih muda memberi salam kepada yang lebih tua,dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk,dan kelompok yang sedikit kepada kelompok yang ramai.

13-Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir,yahudi dah ahli kitab.Sekiranya mereka memberi salam maka jawablah:[walaikum].


Hadith kedua......
Dari anas r.a. telah berkata :Adalah Rasulullah s.a.w. berwuduk dengan satu mud,dan baginda mandi dengan satu sa' sehingga lima mud''.
[Muttafaqun alaih].


Pengajaran hadith:

1-Di antara sunah Rasulullah s.a.w. ialah berjimat cermat dalam semua urusan baginda sebagai panduan untuk umatnya agar tidak membazir dan menghargai nikmat ALLAH yang tidak terhitung.

2-Rasulullah s.a.w. berwuduk menggunakan air sebanyak satu mud iaitu bersamaan 750 ml[separuh botol mineral yang besar],manakala mandi dengan satu sa', iaitu 3 liter atau 3 liter 750 ml[2 botol mineral yang besar atau 2 botol yg besar dan 750 ml].

3-Barangsiapa yang berwuduk melebihi bilangan tiga kali,maka ia adalah orang yang zalim,jahat dan melampau.Dari Amru bin Shuaib dari bapanya dari datuknya telah berkata: ''Telah datang seorang badawi kepada Rasulullah s.a.w. bertanya tentang wuduk?Maka baginda menunjukkan cara berwuduk tiga kali,lalu baginda bersabda:'' Inilah cara wuduk yg betul,barangsiapa yg melebihi bilangan ini maka ia telah melakukan kejahatan,zalim dan melampau''.
[Hadith hasan sahih-Riwayat Ahmad dan Al Nasai'e].

sekian.wasallamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.........

Tuesday, June 22, 2010

YEAHHHHHH!!!!!!!

sorrylah lambat post psl anak saudara.....name dia hadif mikail....sangat comel.....dia lahir pada 1/6/2010....dah tu jelah.....

Monday, March 22, 2010

macam banggang doe.....

ok.....kawan aku sorang nikan memang bangganglah....ade ke dia panggil aku thambi....wei kalau aku thambi kau kawan thambilah........

Saturday, March 13, 2010

sukan sriaakl

ok,macam biasa bangun pagi haish sebenarnya malas tau tapi demi adikku yang dikasihi tu aku pun bangunlah.aku mandi 10 minit.pastu aku pkai baju smart skit....hahhaa perasan baju smart.
pastu adik aku dah mengamuk dah sebab dah lambat aku lek je....ahhahaha.skip dah sampai dah
adik aku cepatlah masuk barisan.pastu geng aku dah sampai dah.ramai gila datang.banat pun..skipjelah.pastu asl awek aku tak datang ah.damn..........pastu aku datang bukan nak sokong adik aku sangat,aku datang kerana kawan hahahh.pastu aku pun lepak ah.pastu balik adik aku menangis sebab kalah rampayan......pastu gi bangi kopitiam......sedap......hahha dahlah nak tengok tv......

Monday, March 1, 2010

sabtu sangat best 27/2/2010

hahah saje je tulis tajuk macam ni ok let's start from beginning bangun kul 10 pagi then mandi pastu makan pastu mak suruh tukar baju sebab nak gi hotel royal bintang jadi aku pun tukarlah
baju,pkai baju smart skit....hhahah.......pastu pergilah sampai je fulamak besar blik die tandas pun sama juga besar.pastu solat zohor lepas habistu main ps2 best.......mak suruh turun tingkat berapa entah tak ingat suruh minum petang,tapi taknak hahahh sanggup taknak turun kerana ps2 hahahha........pastu main2 dah petang dah....main lagi......hahahhaha mestilah aku solat asar saje je taknak tulis.maghrib stop pastu solat pastu mkn pastu balik....habis dahlah nak main game goodbye.....

Monday, February 15, 2010

selasa yang menyakitkan

ha memang menyakitkan pun sebab mak aku suruh gi dentist pastu aku taknak pastu mak aku pun suruh cabut sendiri kalau tak nak gi aku pun kata yelah.... paastu aku pun cabutlah perghhh sakit gila....hais tu jelah kot.....

semalam hari isnin 15.2.2010

best gila wei sebab ape gi picnic ok start dari pagi aku bertolak ku bape entah pastu bila sampai fuhhh hebat betul ramai gila takdelah ramai sangat pastu mula2 kat bawah pastu kat atas korang pandai2lah tahu kat jalan jelatek adik aku cakap...pastu aku dan kakak aku pun joging dulu tak makan dulu pastu jogging ade sorang pakcik ni kan aku dan kakak aku pun jlanlah sebab dah penat pastu pakcik kata woi asl jalan larilah..macamtulah dia kata......pastu blabla balik penat......