Sunday, July 4, 2010

TIBA MASANYA aku berdakwah........

Sabda Rasulullah s.a.w. :Kamu semua tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman,dan kamu tidak beriman [dengan sempurna] sehinggalah kamu kamu berkasih sayang,mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan sudah pasti kamu akan berkasih sayang,iaitu sebarkan salam diantara kamu.
[Riwayat muslim]
Pengajaran Hadith:
1-Seseorang itu tidak akan dapat masuk syurga melainkan apabila ia beriman.

2-Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan berkasih sayang antara sesama mereka [muslim].

3-Antara hak seorang muslim ke atas muslim yg lain ialah memberi salam apabila berjumpa samada kepada yg dikenali atau tidak.

4-Hukum memberi salam adalah sunat dan hukum menjawab salam adalah wajib.

5-Lafaz salam ialah:[assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh] manakala jawab salam:[ walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh].

6-Makruh memberi salam kepada wanita yg bukan muhram kecuali yg tua.

7-Makruh memberi salam kepada orang yg sedang:
1-Membaca al-Quran
2-Berzikir
3-Bertalbiyah
4-Mengajar
5-Berkutbah

8-Di sunatkan memberi salam ketika beredar dari majlis,masuk rumah,kelas dan masjid.

9-Di sunatkan juga memberi salam walaupun rumah atau masjid kosong dengan ucapan:
[assalamualaina wala ibadillahisalihin].

10-Memberi salam kepada ahli rumah adalah punca keberkatan kepada kita dan ahli rumah kita.Rasullulah s.a.w. bersabda kepada Anas r.a. : Wahai anakku!, Apabila kamu masuk kepada ahli kamu , maka berilah salam,maka ia akan memberi keberkatan kepada kamu dan ahli kamu.
[Hadith hasan sahih-Riwayat al-Tirmiziy].

11-Di sunatkan besalam antara sesama lelaki dan sesama perempuan tetapi haram bersalam antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

12-Hendaklah orang yang lebih muda memberi salam kepada yang lebih tua,dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk,dan kelompok yang sedikit kepada kelompok yang ramai.

13-Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir,yahudi dah ahli kitab.Sekiranya mereka memberi salam maka jawablah:[walaikum].


Hadith kedua......
Dari anas r.a. telah berkata :Adalah Rasulullah s.a.w. berwuduk dengan satu mud,dan baginda mandi dengan satu sa' sehingga lima mud''.
[Muttafaqun alaih].


Pengajaran hadith:

1-Di antara sunah Rasulullah s.a.w. ialah berjimat cermat dalam semua urusan baginda sebagai panduan untuk umatnya agar tidak membazir dan menghargai nikmat ALLAH yang tidak terhitung.

2-Rasulullah s.a.w. berwuduk menggunakan air sebanyak satu mud iaitu bersamaan 750 ml[separuh botol mineral yang besar],manakala mandi dengan satu sa', iaitu 3 liter atau 3 liter 750 ml[2 botol mineral yang besar atau 2 botol yg besar dan 750 ml].

3-Barangsiapa yang berwuduk melebihi bilangan tiga kali,maka ia adalah orang yang zalim,jahat dan melampau.Dari Amru bin Shuaib dari bapanya dari datuknya telah berkata: ''Telah datang seorang badawi kepada Rasulullah s.a.w. bertanya tentang wuduk?Maka baginda menunjukkan cara berwuduk tiga kali,lalu baginda bersabda:'' Inilah cara wuduk yg betul,barangsiapa yg melebihi bilangan ini maka ia telah melakukan kejahatan,zalim dan melampau''.
[Hadith hasan sahih-Riwayat Ahmad dan Al Nasai'e].

sekian.wasallamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.........

3 comments:

  1. anda pasti tertanya2 ''tak sakit ke tangan tulis post panjang sangat'' anda tak perlu risau saya tulis ni sebab nak sampaikan atau menyambung da'wah Rasulullah s.a.w. .......maaf silap eja tajuk....

    ReplyDelete
  2. respect the post a lot , lambat laun jadi ustaz lah eh ?

    ReplyDelete